Maksud Rafdh (Rafidhah)
Mereka pada asalnya adalah orang-orang yang terpisah daripada Imam
Zaid bin Ali kerana beliau mengiktiraf Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Apabila
Imam Zaid mengiktiraf Abu Bakar dan Umar al-Khattab, mereka enggan mengikut.
Perkataan Rafidhah atau Rawafid itu berasal daripada perkataan al- Rafd yang
bermakna enggan.
Menurut pendapat sesetengah
sarjana, orang yang meninggalkan mereka dengan nama itu adalah al-Mughirah bin
Said. Meraka enggan mematuhi Imam Zaid dan membiarkannya dibunuh oleh musuh.
Menurut al-Mughirah pula, mereka adalah golongan yang terlampau kasih kepada
Ali dan terlampau benci kepada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan
Aisyah r.a.
Terdapat golongan
yang mempunyai pegangan yang lain daripada Ahli Sunnah wal Jamaah. Antaranya
adalah mereka berkata orang lain tidak layak menjadi khalifah selain daripada
keturunan Ali. Selain itu, mereka tidak wajib berjihad melainkan selepas
lahirnya Iman al-Reda yang diseru dari langit supaya mematuhi perintahnya.
Mereka juga mengatakan Allah mewajibkan sembahyang dalam tiga waktu sahaja.
Dalam masa yang sama mereka memusuhi malaikat Jibril kerana silap menurunkan
wahyu. Seterusnya mereka menjadikan imam-imam mereka seperti Tuhan serta menyembah
kubur imam-imam itu dan lain-lain lagi yang membawa mereka terpesong daripada
menjadi Ahli Islam.[1]
Dalam buku Revolusi Rafidhah, dari segi bahasa rafidhah bermaksud
meninggalkan atau menolak. Dan dari segi istilah pula bermaksud salah satu
kelompok yang dinisbahkan kepada penyokong Ahlul Bait, bersama keyakinan mereka
berlepas diri (memusuhi) Abu Bakar dan Umar bin Khattab serta keseluruhan
sahabat-sahabat Nabi s.a.w kecuali sedikit daripada kalangan mereka dan
mengkafirkan mereka semua.[2]
Imam Abu Bakr
Ahmad bin Umar bin Abi Ashim rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya daripada
Abi Abd Rahman As-Sulami dari Ali bin Abi Talib r.a katanya, Rasulullah s.a.w
bersabda :
سيأتي بعدي قوم لهم نبز يقال لهم الرافضة ، فإذا لقيتموهم ، فاقتلوهم
فإنهم مشركون
Maksudnya : “Akan muncul
suatu kaum selepasku nanti mereka meninggalkan (agama), mereka digelar
Rafidhah. Jika kamu menjumpai mereka, maka bunuhlah. Sesungguhnya mereka itu
musyrik.
Imam Ahmad menjelaskan :
“ Rafidhah : mereka ialah golongan yang berlepas diri daripada para
sahabat Muhammad Rasulullah S.A.W dan mencela mereka serta mengurangi hak-hak
mereka”.
Imam Abul Qassim
Ismail Ibn Muhammad At-Taimi Al-Asbahani ketika menjelaskan berkenaan Rafidhah
:
“Merka ialah golongan yang mencela Abu Bakar dan Umar al-Khattab
dan semoga Allah meredhai orang mencintai mereka berdua”.
Golongan Rafidhah
mereka lebih menonjol dalam sikap mereka yang menolak kepimpinan Abu Bakar dan
Umar r.a, mencela mereka dan mengkafirkan mereka berdua dan para sahabat
keseluruhannya kecuali beberapa sahaja dari kalangan mereka.
Imam As-Syafi’i menjelaskan :
“Sesiapa yang mengatakan sesungguhnya Abu Bakar dan Umar al-Khattab
bukanlah imam, maka dia ialah Rafidi”.
Jelas Al-‘Allamah Muqbil bin Haadi Al-Wadi’i rahimahullah :
“Rafidhah, mereka ialah golongan yang menolak Zaid bin Ali. Ketika
mereka bertanyakan kepadanya tentang Abu Bakar dan Umar al-Khattab, lalu beliau
mengucapkan rahmat kepada mereka berdua. Mereka menjawab : “Kalau begitu, kami
menolakmu”! Jawab Zaid : “ Pergilah kamu, kerana kamu adalah Rafidhah!”.[3]
Dinamakan Rafidhah juga disebabkan mereka menolak pandangan imam
dan pemimpin mereka, Zaid bin Ali Zainul ‘Abidin berkenaan pengiktirafannya
terhadap kedua Syaikhain (Abu Bakar dan Umar al-Khattab) ketika berpecahnya
mereka dari tenteranya ketika mereka keluar memberontak terhadap Hisyam bin Abd
Malik pada tahun 121 H. Ia berlaku selepas mereka menzahirkan bara’ah
(permusuhan dan sikap berlepas diri) ke atas Syaikhain walaupun sudah ditegah
oleh imam mereka, lalu Zaid berkata : رفضتموني
“Kamu semua telah menolakku disebabkan itulah mereka dinamakan Rafidhah”.[4]
Sejarah Ringkas kepada Sejarah Kelahiran Syiah
Faktor yang masyhur disebut sebagai sebab kelahiran Syiah ialah
perana Abdullah bin Saba’ seorang yahudi yang berpura-pura memeluk Islam tetapi
sebenarnya memiliki tujuan ingin menhancurkan Islam dari Islam.
Akan tetapi pada
penelitian, wujud faktor kedua atau sebuah lagi tenaga penggerak yang
melahirkan Syiah. Hal ini wajar kerana faktor yang memecahkan Islam kepada dua
aliran besar iaitu Ahli- Sunnah dan Syiah perlu terdiri daripada sesuatu yang
jauh lebih besar, lebih kuat, lebih berazam, lebih berpengaruh dan lebih
efektif daripada Abdullah bin Saba’ seorang sahaja.[5]
Malah keselesaan
kita (Ahli-Sunnah) menfokuskan tujuan kelahiran Syiah kepada perana Abdullah
bin Saba’ sahaja yang menyebabkan kita leka daripada faktor kedua yang masih
memainkan peranan penting yang menyebabkan Mazhab Syiah mengembang luas
sehingga ke hari ini. Lebih berat, kelekaan ini menyebabkan usaha memantau
gerakan Syiah menjadi tidak berkesan kerana sasaran yang dipantau bukan lagi
merupakan tenaga penggerak kepada dakwah Syiah ke harini.
Faktor kedua yang
disebutkan adalah peranan Bangsa Parsi. Peranan mereka dapat diringkaskan
kepada beberapa peringkat ini :
Sejak sejarah mula ditulis, telah wujud persaingan antara Bangsa
Parsi dan Bangsa Arab dari sudut kebudayaan, tamadun, kepercayaan agama dan sebaginya.
Persaingan ini sering kali bertukar menjadi peperangan dengan kemenangan dan
selalunya berpihak kepada Parsi.
Zaman kegemilangan Parsi
berakhir apabila Zaman pemerintan Amirul Mukmin Umar bin al-Khattab r.a ,
negara Parsi telah diambil oleh pemerintahan Islam. Empayar Sasanid dan sistem
istana yang menjadi kaedah beragama turun temurun bangsa Parsi diruntuhkan.
Ini merupakan satu tragedy yang amat buruk bagi bangsa Parsi.
Sebahagian mereka ada yang memeluk Islam dengan ikhlas. Namun sebahagian lagi,
khasnya mereka yang memiliki semangat kebangsaan yang amat kuat kesetiaaan yang
tinggi kepada kesultana, pura-pura memeluk Islam dengan okjektif inin membalas
dendam dari jalan dalam.
Kejayaan mereka yang pertama ialah menggerakkan operasi mebunuh
Umar al-khattab. Seterusnya mereka dengan kerjasama Abdullah bin Saba’
menggerakkan operasi menabur benih-benih kedengkian yang akhirnya berjaya
menghasilkannpembunuhan Usman bin Afffan.
Setelah terbunuhnya Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib diangkat
menjadi Khalifah umat islam. Ketika itu para sahabat berbeza pendapat untuk
menghukum para pembunuh Usman bin Affan. Ali bin Abi Talib mewakili kelompok
pertama yang berpendapat yang utama ialah untuk menyatukan semuala umat Islam
dan meredakan kekecohan yang wujud pada saat ini, kemudian barulah dijatuhkan
hukuman kepada para pembunuh Usman bin Affan r.a. Kelompok kedua pula
berpendapat yang utama ialah menjatuhkan hukuman kerana hanya ini akan dapat
menyatukan umat Islam dan meredakan kekecohan.
Perbezaan pendapat ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Bangsa Parsi
dengan mencetuskan fitnah bahawa kelompok pertama dan kedua sedang bersiap sedia
saling memerangi antara satu sama lain. Akhirnya berlakulah Perang Jamal dan
Perang Siffin di kalangan para sahabat.
Setelah berpuas hati dengan
peristiwa Perang Jamal dan Perang Siffin, mereka beralih kepada mengangkat Ali
bin Husain bin Ali bin Abi Talib sebagai khalifah yang diiktiraf. Sebabnya,
Husain bin Ali telah berkhawin dengan Syahr Banu, puteri Raja Yazdajird bin
Syah Rayar bin Kisra daripada Empayar Sasanid Parsi. Puteri Syahr Banu telah
melahirkan Ali bin Husain maka dengan itu mereka mengangkat beliau sebagai
khalifah yang baru kerana memiliki darah Kesultanan Parsi.
Kepimpinan yang baru ini mereka gelar “imam” agar lebih sesuai
dengan imej Islam. Akan tetapi diterapkan beberapa ciri yang tidak berasal
daripada Islam seperti penetapan waris tahta (konsep dinasti), suci (sifat
maksum-terpelihara daripada dosa dan kesilapan) dan memiliki kekuasaan dalam
penentuan syariat agama (dijadikan sumber syariat). Mengikut sebahagian
pengkaji, 3 ciri ini adalah sesuatu yang berasal daripada tradisi Empayar
Sasanid.[6]
Demi membenarkan kedudukan imam mereka yang baru ini, mereka
mencipta teori bahawa al-Quran dan as-Sunnah telah menetapkan dan mewasiatkan
jawatan Khalifah kepada Ali dan keturunannya, menetapkan kesucian mereka dan
mengangkat mereka sebagai penentu syariat agama.
Akan tetapi penetapan dan pewasiatan ini mereka hadkan hanya kepada
keturuna Ali bin Husain bin Ali yang dilahirkan oleh Puteri Syahr Banu. Ali,
Fatimah, Hasan dan Husain dimasukkan sama semata-mata untuk melengkapkan teori
ini. Keturunan-keturunan lain daripada para isteri Hasan dan Husain tidak
mereka masukkan dalam “penetapan dan pewasiatan” ini kerana mereka tidak
memilik darah Parsi.
Untuk memperkukuhkan lagi teori ini, mereka menghukum dan mencela
sesiapa yang tidak mengiktiraf kekhalifan Ali dan keturunannya. Berkat ilmu
yang Allah kurniakan kepada Ali bin Husain dan keturunannya, mereka semua
menolak pengAangkatan diri mereka sebagai “imam”. Mereka beriktikad bahawa
sistem khalifah bercirikan perwarisan, maksum dan penentuah syariat agama tidak
pernah ditetapkan oleh Allah dan Rasul, bahawa Abu bakar, Umar dan usman adalah
3 khalifah pertama umat Islam yang sah. Mereka bertiga memiliki keutamaan dan
kemuliaan yang melebihi semua orang manakala Ali bin Husain adalah orang biasa.
Mereka (bangsa Parsi) menolak iktikad Ali bin Husain dan
keturunannya. Akan tetapi demi menjaga kebenaran teori “penetapan dan
pewarisatan” dan menjaga maruah bangsa, mereka meneruskan konsep “imam” dengan
mencipta pelbagai dusta ke atas Ali bin Husain dan keturunannya serta
menyembunyikan iktikad mereka yang sebenar.
Keturunan Ali bin Husain terhenti pada al-Hasan bin Ali kerana
beliau tidak memilik anak. Untuk menyelesaikan masalah ini mereka mencipta
teori baru, iaitu teori Imam oengganti yang ghaib . Imam pengganti ini mereka
namakan Imam Mahdi, meminjam daripada iktikad ahli Sunnah tentang kedatangan
Imam Mahdi pada akhir zaman nanti sebagaimana yang dikhbarkan oleh hadis-hadis
mutawatir sifatnya. [7]
Sehingga hari ini teori di atas masih diperjuangkan oleh bangsa
Parsi, pertama sebagai mempertahankan maruah bangsa dan kedua untuk menjauhkan
umat islam daripada agama mereka yang tulen sebagai balasan kepada tindakan
umat islam yang telah memusnahkan “Diansti” mereka 1400 tahun yang lalu. Oleh
itu bukanlah merupakan satu keasingan bahawa satu-satunya Negara yang memainkan
peranan aktif dalam mengembangkan dakwah Syiah sehingga ke hari ini ialah
Negara asal bangsa Parsi iaitu Iran.
Aliran Syiah di Iran dikenali sebagai al-Itsna ‘Asyariyyah
bermaksud “12 imamah”, namun ciri-ciri aliran 12 Imamah ini tidak jauh daripada
ciri-ciri Syiah Rafidah. Negara Iran merupakan pusat sumber ilmu ajaran Syiah,
kebanyakan tokoh besar Syiah semuanya berasal dari Iran manakala misi-misi
dakwah dijalankan oleh wakil-wakil Iran seperti pihak kedutaan, pertubuhan
bebas, syaikat melabur sehinggalah kepada para pensyarah yang mengajar di pusat
pengajian tinggi Negara-negara Ahli- Sunnah. Antara misi dakwah mereka Islah ;
i-
Melantik dan
melatih guru dakwah yang terdiri daripada bangsa Negara itu sendiri.
ii-
Menterjemah dan
meluaskan penerbitan buku-nuku pro-Syaih yang asalnya dalam bahasa Parsi.
iii-
Menjalankan
projek kebajikan ke atas orang-orang miskin untuk “membeli” keyakinan mereka.
Ini umpama strategi dakwah orang Kristian.
iv-
Mendirikan
laman-laman web dalam bahasa ibunda Negara tersebut bagi meluaskan jangkaun
dakwah pihak berwajib . [8]
Maksud Syiah
Dari segi bahasa Syiah bermaksud kaum ayat pengikut. Lafaz Syiah
memang terdapat di dalam Al-Quran, namun lafaz itu bukanlah ditujukan kepada
ajarah Syiah. Bahkan ia adalah makna dari segi bahasa. Ia juga terdapat di
dalam al-Quran pada Surah al-Qasas ayat 15 yang bermaksud kaum, dan terdapat
juga dalam Surah as-Saffat ayat 83 yang bermaksud pengikut dan ini telah
disepakati oleh ulama-ulama[9].
Dari segi istilah
pula bermaksud mereka yang mengikuti Ali r.a, dan mendahulukan beliau daripada
sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang lain. Selain itu, mereka yang mengikuti Ali r.a
secara khusus, mengatakan tentang imamiyyah, khalifah dan semuanya adalah tidak
boleh kepada orang lain melainkan ahli bait Ali r.a. Dalam pada masa yang sama,
merka berintifaq (sepakat) bahawa Ali r.a adalah sebaik-baik manusia selepas
Rasulullah s.a.w.
Pembahagian Syiah
Mazhab Syiah boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan
beberapa kategori seperti akidah, politik, fiqh dan sebagainya. Yang penting
dalam perbahasan buku ini ialah pendirian atau mazhab Syiah apabila
berinteraksi dengan kedudukan para sahabat dan persoalan khalifah, di mana ia
dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Pertama: al-Tasyayyu’
Kumpulan ini
adalah mereka yang bersimpati lalu menyembelahi pasukan Ali dan Muawwiyyah r.a
dalam peristiwa peperangan. Mereka juga mengambil berat, merasa sedih dan
simpati ke atas nasib yang menimpa ke atas nasib yang menimpa Ali dan keluarganya.
Kedua: al- Mufadhdhilah
Kumpulan ini adalah kumpulan yang berpendapat bahawa Ali bin Abi
Talib dan keluarganya adalah lebih mulia, lebih utama dan lebih tinggi
kedudukannya lebih daripada sahabat yang lain.
Walaubagaimanapun
kedua-dua kumpulan yang pertama ini mengiktiraf jawatan Abu Bakar, Umar
al-Khattab dan Usman bin Affan serta tidak mencela para sahabat yang lainnya.
Pilihan mereka kepada apa yang mereka cenderungi tidak menyebabkan mereka
berlaku tidak adil dan berlebih-lebihan terhadap apa yang tidak mereka
cenderungi,
Ketiga: al-Rafidhah
Al-rafidhah bermaksud kumpulan yang menolak, Syiah al-Rafidhah
adalah mereka yang menolak kekhalifan dan keutamaan Abu Bakar, Umar al-Khattab
dan Usman bin Affan. Mereka juga menolak para imam daripada keturunan Ahli Bait
Rasulullah s.a.w kerena mereka (para imam daripada keturunan Ahli Bait) juga
mengiktiraf kekhalifahan sahabat Nabi yang disebutkan tadi.
Bertitik tolak
daripada penolakan di atas maka terbentuk 4 asas berikut yang menjadi iktikad
Syiah al-Rafidhah.
i-
Bahawa khalifah
pertama yang hak selepas kewafatan Rasulullah ialah Ali bin Abi Talib dengan
Husain dan keturunannya.
ii-
Bahawa para
sahabat sehinggalah ke umat Islam masa kini dari kalangan Ahli as-Sunnah telah
membelakangi nas al-Quran dan As-Sunnah yang menetapkan jawatan khalifah
mereka.
iii-
Bahawa kerana
sikap Ahli as-Sunnah yang membelakangi al-Quran dan As-Sunnah seperti mana
diatas, maka mereka sehingga ke umat Islam kini berada didalam kesesatan.
iv-
Bahawa mazhab
yang sebenar di dalam Islam adalah Mazhab Syiah manakala mazhab Ahli-Sunnah
adalah mazhab yang salah.
Sebab penamaan Rafidhah
Seluruh peneliti berpendapat bahawa sebab penyebutan nama Rafidhah
adalah kerana penentangan daripada suatu kelompok terhadap Zaid bin Ali dan
memisahkan diri darinya, padahal sebelum ini mereka sebahagian daripada
pasukannya dalam menggempur Hisyam bin Abdul Malik pada tahun 121 H. Hal ini
terjadi setelah mereka terang-terangan berlepas diri dari pimpinan Abu Bakar
dan Umar bin khattab, sehingga Zaid bin Ali bin Husein melarang mereka
melakukan hal itu.
Abu Hasan
Al-Asy’ari mengatakan: “Zaid bin Ali tidak mengutamakan Ali bin Abi Talib
daripada seluruh sahabat Rasulullah s.a.w. Bahkan ia juga mengakui kepimpinan
Abu Bakar dan Umar bin al-Khattab”.
Ketika berada di
Kufah, ia mendengar ada yang mencela Abu Bakar dan Umar bin al-Khattab r.a di
antara pengikutnya yang telah membaitnya. Serta-merta ia mengingkari orang yang
mencela dua orang sahabat Nabi s.a.w itu sehingga orang-orang yang membait
dengannya memisahkan diri darinya. Lalu Zaid bin Ali berkata kepada mereka,
“Kalian telah meninggalkan aku (Rafadhtumuni).[10]
Ada yang
mengatakan bahawa disebutnya mereka dengan Rafidhah kerana perkataan Zaid bin
Ali kepada mereka, “ Kalian telah meninggalkan aku (Rafadhtumini)”.
Pendapat inilah diambil oleh As-Sunnah Abul Qasim At-Taimi, Imam Ar-Razi, Imam
Asy-Syahrastani dan Imam Taimiyah.
Dalam kesempatan
lain, Abul Hasan Al-Asy’ari mengatakan bahawa mereka dinamakan Rafidhah kerana
penolakan mereka terhadap kepimpinan dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Al-Asy’ari
mengatakan, “Mereka disebut Rafidhah, kerana penolakan mereka terhadap
kepimpinan Abu Bakar dan Umar bin al-Khattab r.a.
Sejarah Tasyayyu’ (Syiah) dan Rafidhah
Istilah Syiah pada awal kemunculannya lebih merujuk kepada
perselisihan politik yang berlaku di antara beberapa tokoh besar dari kalangan
sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ianya mula tersebar ketika berlakunya perselisihan
di antara Mu’awiyyah dengan Ali bin Abi Talib r.a selepas syahidnya Uthman bin
Affan r.a.[11]
Selepas syahidnya
Uthman bin Affan r.a akibat gelombang fitnah yang digerakkan oleh gerakan
pemberontakan yang digerakkan oleh Abdullah bin Saba’ Al-Yahudi. Mu’awiyyah
enggan memberikan bai’ah (janji setia) kepada Ali kerana bagi Mu’awiyyah,
pembunuh Uthman bin Affan harus dihukum terlebih dahulu. Manakala menurut Ali,
bai’ah kepada beliau adalah perkara yang harus dilakukan sebelum pembunuh
Uthman bin Affan dihukum. Namun disebabkan yang terlibat dalam pembunuhan
Uthman bin Affan sangat ramai bilangannya, maka ianya agak sukar bagi Ali r.a
untuk mencari siapakah dalang pembunuhan tersebut. Tambahan pula,
pembunuh-pembunuh tersebut sudah masuk menyelinap ke dalam barisan beliau
sendiri dan kaum Muslimin, lalu mereka mula menzahirkan sokongan kepada beliau.
Bermula dari
perselisihan inilah, maka wujudnya istilah Syiah Ali dan Syiah Mu’awiyyah yang
akhirnya membawa kepada peperangan saudara yang pertama meletus dalam sejarah
Islam.[12]
Kemunculan Rafidhah bermula dari Tasyayyu’ (Ideologi Syiah)
Jika dilihat perkembangan syiah dan juga Rafidhah, maka kita akan
mendapati bahawa kemunculan Rafidhah didahului dengan kemunculan Syiah. Kerana
syiah pada mulanya hanyalah satu pendapat dari kalangan sebahagian golongan
yang cenderung dalam mengutamakan Ali bin Abi Talib r.a atas sahabat Nabi s.a.w
iaitu Uthman bin Affan r.a.[13]
Setelah kemunculan
Abdullah bin Saba’ yang membawa asas-asas yahudi ke dalam barisan kaum muslimin
maka barulah asas dan akidah Rafidhah itu mula menyelusup dan tersebar luas di kalangan
mereka yang berfahaman syiah.
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:
“Dan
Tasyayyu’ (ideologi syiah) iaialah mencintai Ali dan mendahulukannya atas para
sahabat yang lain. Maka, sesiapa yang mendahulukannya atas Abu Bakar dan Umar
bin Khattab, maka dia telah melampau dalam syiahnya, dan dia disebut sebagai
Rafidhi. Jika tidak, dia ialah syii’i. Jika dia menyertakan kepada fahaman
tersebut dengan celaan atau terang-terang menunjukkan kebencian (terhadap Abu
Bakar dan Umar bin Khattab) maka dia telah melampau dalam Rafdh. Jika dia
berkeyakinan dengan Ar-Raj’ah (kebangkitan) di dunia, maka dia sangat-sangat
melampau.
Jelas beliau lagi:
“Dan
Tasyayyu’ (syiah) menurut istilah kebiasaan mutaqaddimin ialah keyakinan
mendahulukan Ali atas Uthman, dan bahawasanya Ali benar dan tindakannya dalam
peperangannya (Siffin) dan orang yang menyelisihinya adalah salah. Dalam masa
yang sama, mereka masih mendahulukan Syeikhain (Abu Bakar dan Umar bin Khattab)
dan melebihkan mereka berdua, dan kemungkinan ada juga sebahagian dari kalangan
mereka yang berkeyakinan Ali merupakan makhluk yang paling utama selepas
Rasulullah s.a.w. Dan jika keyakinannya begitu disebabkan timbul dari seorang
yang bersikap warak agama, benar dan mujtahid, maka riwayatnya tidaklah ditolak
disebabkan keyakinan ini. Lebih-lebih lagi jika dia bukanlah penyeru (kepada
hal tersebut). Adapun Tasyayyu’ menurut istilah mutaakhirin, maka ianya
bermaksud Rafdh Al-Mahd (Rafidhah mutlak). Maka tidak diterima riwayat Rafidi
yang melampau dan tiada baginya kemuliaan.
Maka difahami di sini bahawa,
istilah syiah menurut ualam mutaqaddimin merujuk kepada golongan yang
hanya mendahulukan atau mengutamakan Ali atas Uthman r.a masih mengiktiraf dan
mengakui kelebihan dan kepimpinan Abu Bakar dan Umar r.a. Manakala, istilah
Rafidhah merujuk kepada mereka yang tidak mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar dan
Umar bin Khattab r.a, serta menzahirkan permusuhan, kebencian dan celaan ke
atas kedua-dua mereka.[14]
Syiah yang dimaksudkan oleh ulama mutaakhirin
pula merujuk kepada Rafidhah, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam As-Syafi’i iaitu:
“Sesiapa yang mengatakan sesungguhnya Abu Bakar dan Umar r.a
bukanlah imam, maka dia ialah Rafidi”
Dari sini, kita dapat melihat
hubungkait yang rapat antara kedua-dua istilah ini, iaitu Syiah dan Rafidhah.
Kerana tindakan membezakan kedua-dua istilah ini dengan cermat akan mewujudkan
kefahaman yang lebih jitu dan benar, terutamanya apabila istilah ini sering
diguna pakai oleh golongan syiah pada hari ini untuk mengelabui dan menimbulkan
keraguan atau syubhah ke atas orang awam di kalangan Ahli Sunnah, terutamanya
apabila mereka sering membawakan perkataan ulama-ulama mutaqaddimin dalam
kitab-kitab mereka untuk membenarkan dakwaan kononnya syiah itu tidak sesat.
Disebabkan itulah para ulama Jarh wa
Ta’dil, jika ada seorang perawi yang terdapat padanya pengaruh Tasyayyu’ atau
rafidhah, maka mereka membezakannya. Dan mereka menjadikan Ar-Rafdh itu sebagai
Jarh (kritikan) sedangkan Tasyayyu’ tidak memudaratkan perihal seorang perawi.
Kata Az-Zahabi berkenaan Al-Hakim
rahimahullah dan beliau dituduh sebagai rafidhah:
“Beliau bukanlah seorang Rafidi, bahkan beliau sebenarnya Syi’i
yang terkesan daripada orang-orang yang memerangi Ali bin Abi Talib r.a, dan
kita meredhai kedua-dua kelompok (Ali dan Muawiyyah). Dan kita mencintai Ali
lebih daripada orang yang berselisih dengannya.”
Kata Ibnu Thahir: Aku telah
bertanyakan Abu Ismail, Abu ‘Abdillah Al-Ansari berkenaan perihal Al-Hakim Abu
‘Abdillah katanya:
إمام في الحديث رافضي خبيث
Maksudnya: “Beliau Imam
dalam Hadis, Rafidi yang jijik”[15]
Ibnu
Thahir berkata lagi:
إن الله الإنصاف، ما الرجل برافضي بل شيعي فقط
Maksudnya: “Sesungguhnya
Allah menyintai keadilan, bukanlah dia seorang Rafidi, bahkan sebenarnya dia
hanyalah Syi’i sahaja.
Apa yang disebutkan oleh Ibnu Thahir
ini menunjukkan kepada kita betapa pentingnya sikap insaf dan adil dalam
menilai seseorang serta pentingnya membezakan antara kedua-dua istilah ini,
terutamanya apabila istilah ini tiada diperhatikan dengan cermat sehingga ianya
boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan masyarakat awam.
Perlu difahami juga, istilah ini
perlu dibezakan jika ianya merujuk kepada fahaman para ulama mutaqaddimin. Maka
secara ringkasnya boleh kita fahami, bukan semua Syiah itu adalah rafidhah,
tetapi semua Rafidhah itu adalah Syiah.
Tambahan pula hari ini istilah
CSyiah sudah tersebar dikalangan masyarakat. Dan apabila disebut Syiah sahaja,
kita akan terbayang bahawa mereka adalah golongan yang menolak serta membenci
Abu Bakar, Umar bin Khattab dan kesemua para sahabat r.a dan ianya sudah tentu
merujuk kepada Istilah Rafidhah sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.
Benarlah pandangan para ulama,
bahawasanya Syiah ini seakan-akan pintu yang menjadi pembuka kepada pemikiran
dan akidah Rafidhah. Sebab itulah kita katakana Rafidhah itu bermula daripada
Syiah.
Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:
“Bid’ah
itu membawa kepada kekufuran dan kemunafiqan, sebagaimana Tasyayyu’ (ideologi
Syiah) membawa kepada Ar-Rafdh (Rafidhah)”.
Kata Abul Walid Al-Baaji ketika
mengkritik Ali bin Musa As-Simsaar:
“Pada
usul (pegangannya) ada kelemahan, dan padanya terdapat Tasyayyu’ (Syiah), yang
membawa kepada Ar-Rafdh (Rafidhah)”.
Imam
As-Syaukani rahimahullah berkata:
“Apabila
engkau melihat seorang lelaki yang telah sampai kemuncak Rafidhah-nya kepada
sikap mencela Salafussoleh (para sahabat Nabi s.a.w dan pengikut mereka), dan
mengutuk mereka,walaupun mereka itu menisbahkan diri kepada bukan Mazhab
Imamiyyah, maka janganlah kamu berasa ragu-ragu bahawa dia itu sebenarnya sama
seperti mereka…”[16]
Hubungan Antara Rafidhah Dengan Syiah
1)
Imam az-Zahabi di dalam kitabnya Mizan
Al-I’tidal. Kata beliau :
i.
Bid’ah kecil
seperti berfahaman Syiah dengan tidak melampau (seumpamanya melebihkan
Sayyidina Usman r.a). Golongan seperti ini ramai di kalangan tabi’in dan tab’i
at-tabi’in. Mereka adalah golongan yang kuat beragama, warak dan benar. Jika
riwayat orang yang seperti ini ditolak, tentulah akan kehilangan sejumlah besar
daripada aatsar nabawiyyah dan ini adalah satu kerosakan yang nyata.
ii.
Bid’ah besar
seperti berfahaman rafdh dan terlalu memuja-muja Sayyidina Ali dan
merendah-rendahkan Sayyidina Abu Bakar dan Umar di samping menyeru orang lain
kepada kefahaman mereka. Golongan syiah yang melampau seperti tidak boleh
dijadikan hujjah dan tidak boleh dihormati apatah lagi sehingga ke harini masih
belum ditemui seorang pun dari golongan ini yang benar dan boleh dipercayai
kerana kebohongan mereka. Imam as-Suyuti juga telah menukilkan kata-kata
az-Zahabi ini di dalam kitabnya “Tadbir Ar-Rawi”. Selepas menukilkan
kata-kata az-Zahabi, Imam as-Suyuti menulis di dalam kitabnya “Apa yang
diktakan oleh az-Zahabi itulah yang betul dan tidak halal seseorang Muslim
mempercayai selain dari apa yang dikatakannya itu”.[17]
2)
Imam Sya’bi
berkata: “Tidak pernah kulihat golongan yang lebih bodoh daripada syiah.
Sekiranya mereka bintang berkaki empat tentu mereka keldai dan sekiranya mereka
dari kalangan burung, tentu mereka ini burung oreng. Yahudi dan Kristian lebih
baik dari golongan rafidhah ini kerana dua sifat mereka iaitu: Jika kamu
bertanyakan orang-orang yahudi: “Siapakah orang yang terbaik di antara
pengikut-pengikut agama kamu?” Mereka menjawab: “Sahabat-sahabat Nabi Musa”.
Jika kamu bertanya orang-orang Kristian: “Siapakah yang terbaik di antara
penganut-penganut agama kamu?” Mereka akan menjawab: “Hawari (sahabat-sahabat
Nabi Isa)”. Tetapi jika kamu bertanya orang-orang Rafidhah: “Siapakah orang
yang paling jahat di antara pengikut-pengikut agama kamu?” Mereka akan menjawab:
“Sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w”. Mereka disuruh beristighfar untuk para
sahabat tetapi sebaliknya mereka mengutuk sahabat-sahabat Nabi Muhammas s.a.w.
3) Yazid bin harun
berkata dalam kitab “Tadbir Ar-Rawi”: Boleh dicatit hadis daripada
sekalian ahli bid’ah yang tidak menyeru kepada bid’ahnya kecuali Rafidhah.
4)
Syarik berkata:
“Terimalah hadis daripada semua orang yang engkau temui kecuali Rafidhah”.
5)
Ibn al-Mubarak
berkata: “Jangan kamu meriwayatkan daripada Amar bin Thabit kerana dia selalu memburuk-burukkan
sahabat”. [18]
[2] Revolusi
Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014),
Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 9
[3] Revolusi
Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014),
Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 12
[4] Revolusi
Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014),
Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 12
[5] Agenda Politik Syiah, Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni,
cetakan pertama (2013),m/s 27
[6] Agenda Politik Syiah, Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni,
cetakan pertama (2013),m/s 27
[7] Agenda Politik Syiah, Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni,
cetakan pertama (2013),m/s 27
[8] Agenda Politik Syiah, Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni,
cetakan pertama (2013),m/s 27
[11] Revolusi
Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014),
Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 14
[12] Revolusi
Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014),
Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 14
[13] Revolusi
Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014),
Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 21
[14] Revolusi
Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014),
Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 24
[15] Revolusi
Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014),
Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 26
[16] Revolusi
Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014),
Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 21
[17]
Syiah Rafidhah, Maulana Muhammad Asri Yusoff, Tahun terbit (2005),
Darul Kautsar. m/s 3