Monday 24 September 2018

PELAMPAU : Syiah Rafidhah


Maksud Rafdh (Rafidhah)
Mereka pada asalnya adalah orang-orang yang terpisah daripada Imam Zaid bin Ali kerana beliau mengiktiraf Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Apabila Imam Zaid mengiktiraf Abu Bakar dan Umar al-Khattab, mereka enggan mengikut. Perkataan Rafidhah atau Rawafid itu berasal daripada perkataan al- Rafd yang bermakna enggan.
            
Menurut pendapat sesetengah sarjana, orang yang meninggalkan mereka dengan nama itu adalah al-Mughirah bin Said. Meraka enggan mematuhi Imam Zaid dan membiarkannya dibunuh oleh musuh. Menurut al-Mughirah pula, mereka adalah golongan yang terlampau kasih kepada Ali dan terlampau benci kepada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Aisyah r.a.
            
Terdapat golongan yang mempunyai pegangan yang lain daripada Ahli Sunnah wal Jamaah. Antaranya adalah mereka berkata orang lain tidak layak menjadi khalifah selain daripada keturunan Ali. Selain itu, mereka tidak wajib berjihad melainkan selepas lahirnya Iman al-Reda yang diseru dari langit supaya mematuhi perintahnya. Mereka juga mengatakan Allah mewajibkan sembahyang dalam tiga waktu sahaja. Dalam masa yang sama mereka memusuhi malaikat Jibril kerana silap menurunkan wahyu. Seterusnya mereka menjadikan imam-imam mereka seperti Tuhan serta menyembah kubur imam-imam itu dan lain-lain lagi yang membawa mereka terpesong daripada menjadi Ahli Islam.[1]

Dalam buku Revolusi Rafidhah, dari segi bahasa rafidhah bermaksud meninggalkan atau menolak. Dan dari segi istilah pula bermaksud salah satu kelompok yang dinisbahkan kepada penyokong Ahlul Bait, bersama keyakinan mereka berlepas diri (memusuhi) Abu Bakar dan Umar bin Khattab serta keseluruhan sahabat-sahabat Nabi s.a.w kecuali sedikit daripada kalangan mereka dan mengkafirkan mereka semua.[2]
            
Imam Abu Bakr Ahmad bin Umar bin Abi Ashim rahimahullah meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abi Abd Rahman As-Sulami dari Ali bin Abi Talib r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :

سيأتي بعدي قوم لهم نبز يقال لهم الرافضة ، فإذا لقيتموهم ، فاقتلوهم فإنهم مشركون
Maksudnya : “Akan muncul suatu kaum selepasku nanti mereka meninggalkan (agama), mereka digelar Rafidhah. Jika kamu menjumpai mereka, maka bunuhlah. Sesungguhnya mereka itu musyrik.

Imam Ahmad menjelaskan :
“ Rafidhah : mereka ialah golongan yang berlepas diri daripada para sahabat Muhammad Rasulullah S.A.W dan mencela mereka serta mengurangi hak-hak mereka”.
            
Imam Abul Qassim Ismail Ibn Muhammad At-Taimi Al-Asbahani ketika menjelaskan berkenaan Rafidhah :
“Merka ialah golongan yang mencela Abu Bakar dan Umar al-Khattab dan semoga Allah meredhai orang mencintai mereka berdua”.
            
Golongan Rafidhah mereka lebih menonjol dalam sikap mereka yang menolak kepimpinan Abu Bakar dan Umar r.a, mencela mereka dan mengkafirkan mereka berdua dan para sahabat keseluruhannya kecuali beberapa sahaja dari kalangan mereka.

Imam As-Syafi’i menjelaskan :
“Sesiapa yang mengatakan sesungguhnya Abu Bakar dan Umar al-Khattab bukanlah imam, maka dia ialah Rafidi”.

Jelas Al-‘Allamah Muqbil bin Haadi Al-Wadi’i rahimahullah :
“Rafidhah, mereka ialah golongan yang menolak Zaid bin Ali. Ketika mereka bertanyakan kepadanya tentang Abu Bakar dan Umar al-Khattab, lalu beliau mengucapkan rahmat kepada mereka berdua. Mereka menjawab : “Kalau begitu, kami menolakmu”! Jawab Zaid : “ Pergilah kamu, kerana kamu adalah Rafidhah!”.[3]
           
Dinamakan Rafidhah juga disebabkan mereka menolak pandangan imam dan pemimpin mereka, Zaid bin Ali Zainul ‘Abidin berkenaan pengiktirafannya terhadap kedua Syaikhain (Abu Bakar dan Umar al-Khattab) ketika berpecahnya mereka dari tenteranya ketika mereka keluar memberontak terhadap Hisyam bin Abd Malik pada tahun 121 H. Ia berlaku selepas mereka menzahirkan bara’ah (permusuhan dan sikap berlepas diri) ke atas Syaikhain walaupun sudah ditegah oleh imam mereka, lalu Zaid berkata : رفضتموني “Kamu semua telah menolakku disebabkan itulah mereka dinamakan Rafidhah”.[4]

Sejarah Ringkas kepada Sejarah Kelahiran Syiah
Faktor yang masyhur disebut sebagai sebab kelahiran Syiah ialah perana Abdullah bin Saba’ seorang yahudi yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya memiliki tujuan ingin menhancurkan Islam dari Islam.
            
Akan tetapi pada penelitian, wujud faktor kedua atau sebuah lagi tenaga penggerak yang melahirkan Syiah. Hal ini wajar kerana faktor yang memecahkan Islam kepada dua aliran besar iaitu Ahli- Sunnah dan Syiah perlu terdiri daripada sesuatu yang jauh lebih besar, lebih kuat, lebih berazam, lebih berpengaruh dan lebih efektif daripada Abdullah bin Saba’ seorang sahaja.[5]
            
Malah keselesaan kita (Ahli-Sunnah) menfokuskan tujuan kelahiran Syiah kepada perana Abdullah bin Saba’ sahaja yang menyebabkan kita leka daripada faktor kedua yang masih memainkan peranan penting yang menyebabkan Mazhab Syiah mengembang luas sehingga ke hari ini. Lebih berat, kelekaan ini menyebabkan usaha memantau gerakan Syiah menjadi tidak berkesan kerana sasaran yang dipantau bukan lagi merupakan tenaga penggerak kepada dakwah Syiah ke harini.
            
Faktor kedua yang disebutkan adalah peranan Bangsa Parsi. Peranan mereka dapat diringkaskan kepada beberapa peringkat ini :

Sejak sejarah mula ditulis, telah wujud persaingan antara Bangsa Parsi dan Bangsa Arab dari sudut kebudayaan, tamadun, kepercayaan agama dan sebaginya. Persaingan ini sering kali bertukar menjadi peperangan dengan kemenangan dan selalunya berpihak kepada Parsi.

Zaman kegemilangan Parsi berakhir apabila Zaman pemerintan Amirul Mukmin Umar bin al-Khattab r.a , negara Parsi telah diambil oleh pemerintahan Islam. Empayar Sasanid dan sistem istana yang menjadi kaedah beragama turun temurun bangsa Parsi diruntuhkan.

Ini merupakan satu tragedy yang amat buruk bagi bangsa Parsi. Sebahagian mereka ada yang memeluk Islam dengan ikhlas. Namun sebahagian lagi, khasnya mereka yang memiliki semangat kebangsaan yang amat kuat kesetiaaan yang tinggi kepada kesultana, pura-pura memeluk Islam dengan okjektif inin membalas dendam dari jalan dalam.

Kejayaan mereka yang pertama ialah menggerakkan operasi mebunuh Umar al-khattab. Seterusnya mereka dengan kerjasama Abdullah bin Saba’ menggerakkan operasi menabur benih-benih kedengkian yang akhirnya berjaya menghasilkannpembunuhan Usman bin Afffan.

Setelah terbunuhnya Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib diangkat menjadi Khalifah umat islam. Ketika itu para sahabat berbeza pendapat untuk menghukum para pembunuh Usman bin Affan. Ali bin Abi Talib mewakili kelompok pertama yang berpendapat yang utama ialah untuk menyatukan semuala umat Islam dan meredakan kekecohan yang wujud pada saat ini, kemudian barulah dijatuhkan hukuman kepada para pembunuh Usman bin Affan r.a. Kelompok kedua pula berpendapat yang utama ialah menjatuhkan hukuman kerana hanya ini akan dapat menyatukan umat Islam dan meredakan kekecohan.

Perbezaan pendapat ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Bangsa Parsi dengan mencetuskan fitnah bahawa kelompok pertama dan kedua sedang bersiap sedia saling memerangi antara satu sama lain. Akhirnya berlakulah Perang Jamal dan Perang Siffin di kalangan para sahabat.

Setelah berpuas hati dengan peristiwa Perang Jamal dan Perang Siffin, mereka beralih kepada mengangkat Ali bin Husain bin Ali bin Abi Talib sebagai khalifah yang diiktiraf. Sebabnya, Husain bin Ali telah berkhawin dengan Syahr Banu, puteri Raja Yazdajird bin Syah Rayar bin Kisra daripada Empayar Sasanid Parsi. Puteri Syahr Banu telah melahirkan Ali bin Husain maka dengan itu mereka mengangkat beliau sebagai khalifah yang baru kerana memiliki darah Kesultanan Parsi.

Kepimpinan yang baru ini mereka gelar “imam” agar lebih sesuai dengan imej Islam. Akan tetapi diterapkan beberapa ciri yang tidak berasal daripada Islam seperti penetapan waris tahta (konsep dinasti), suci (sifat maksum-terpelihara daripada dosa dan kesilapan) dan memiliki kekuasaan dalam penentuan syariat agama (dijadikan sumber syariat). Mengikut sebahagian pengkaji, 3 ciri ini adalah sesuatu yang berasal daripada tradisi Empayar Sasanid.[6]

Demi membenarkan kedudukan imam mereka yang baru ini, mereka mencipta teori bahawa al-Quran dan as-Sunnah telah menetapkan dan mewasiatkan jawatan Khalifah kepada Ali dan keturunannya, menetapkan kesucian mereka dan mengangkat mereka sebagai penentu syariat agama.

Akan tetapi penetapan dan pewasiatan ini mereka hadkan hanya kepada keturuna Ali bin Husain bin Ali yang dilahirkan oleh Puteri Syahr Banu. Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dimasukkan sama semata-mata untuk melengkapkan teori ini. Keturunan-keturunan lain daripada para isteri Hasan dan Husain tidak mereka masukkan dalam “penetapan dan pewasiatan” ini kerana mereka tidak memilik darah Parsi.

Untuk memperkukuhkan lagi teori ini, mereka menghukum dan mencela sesiapa yang tidak mengiktiraf kekhalifan Ali dan keturunannya. Berkat ilmu yang Allah kurniakan kepada Ali bin Husain dan keturunannya, mereka semua menolak pengAangkatan diri mereka sebagai “imam”. Mereka beriktikad bahawa sistem khalifah bercirikan perwarisan, maksum dan penentuah syariat agama tidak pernah ditetapkan oleh Allah dan Rasul, bahawa Abu bakar, Umar dan usman adalah 3 khalifah pertama umat Islam yang sah. Mereka bertiga memiliki keutamaan dan kemuliaan yang melebihi semua orang manakala Ali bin Husain adalah orang biasa.

Mereka (bangsa Parsi) menolak iktikad Ali bin Husain dan keturunannya. Akan tetapi demi menjaga kebenaran teori “penetapan dan pewarisatan” dan menjaga maruah bangsa, mereka meneruskan konsep “imam” dengan mencipta pelbagai dusta ke atas Ali bin Husain dan keturunannya serta menyembunyikan iktikad mereka yang sebenar.

Keturunan Ali bin Husain terhenti pada al-Hasan bin Ali kerana beliau tidak memilik anak. Untuk menyelesaikan masalah ini mereka mencipta teori baru, iaitu teori Imam oengganti yang ghaib . Imam pengganti ini mereka namakan Imam Mahdi, meminjam daripada iktikad ahli Sunnah tentang kedatangan Imam Mahdi pada akhir zaman nanti sebagaimana yang dikhbarkan oleh hadis-hadis mutawatir sifatnya. [7]

Sehingga hari ini teori di atas masih diperjuangkan oleh bangsa Parsi, pertama sebagai mempertahankan maruah bangsa dan kedua untuk menjauhkan umat islam daripada agama mereka yang tulen sebagai balasan kepada tindakan umat islam yang telah memusnahkan “Diansti” mereka 1400 tahun yang lalu. Oleh itu bukanlah merupakan satu keasingan bahawa satu-satunya Negara yang memainkan peranan aktif dalam mengembangkan dakwah Syiah sehingga ke hari ini ialah Negara asal bangsa Parsi iaitu Iran.

Aliran Syiah di Iran dikenali sebagai al-Itsna ‘Asyariyyah bermaksud “12 imamah”, namun ciri-ciri aliran 12 Imamah ini tidak jauh daripada ciri-ciri Syiah Rafidah. Negara Iran merupakan pusat sumber ilmu ajaran Syiah, kebanyakan tokoh besar Syiah semuanya berasal dari Iran manakala misi-misi dakwah dijalankan oleh wakil-wakil Iran seperti pihak kedutaan, pertubuhan bebas, syaikat melabur sehinggalah kepada para pensyarah yang mengajar di pusat pengajian tinggi Negara-negara Ahli- Sunnah. Antara misi dakwah mereka Islah ;
i-                    Melantik dan melatih guru dakwah yang terdiri daripada bangsa Negara itu sendiri.
ii-                  Menterjemah dan meluaskan penerbitan buku-nuku pro-Syaih yang asalnya dalam bahasa Parsi.
iii-                Menjalankan projek kebajikan ke atas orang-orang miskin untuk “membeli” keyakinan mereka. Ini umpama strategi dakwah orang Kristian.
iv-                Mendirikan laman-laman web dalam bahasa ibunda Negara tersebut bagi meluaskan jangkaun dakwah pihak berwajib .   [8]

Maksud Syiah
Dari segi bahasa Syiah bermaksud kaum ayat pengikut. Lafaz Syiah memang terdapat di dalam Al-Quran, namun lafaz itu bukanlah ditujukan kepada ajarah Syiah. Bahkan ia adalah makna dari segi bahasa. Ia juga terdapat di dalam al-Quran pada Surah al-Qasas ayat 15 yang bermaksud kaum, dan terdapat juga dalam Surah as-Saffat ayat 83 yang bermaksud pengikut dan ini telah disepakati oleh ulama-ulama[9].
            
Dari segi istilah pula bermaksud mereka yang mengikuti Ali r.a, dan mendahulukan beliau daripada sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang lain. Selain itu, mereka yang mengikuti Ali r.a secara khusus, mengatakan tentang imamiyyah, khalifah dan semuanya adalah tidak boleh kepada orang lain melainkan ahli bait Ali r.a. Dalam pada masa yang sama, merka berintifaq (sepakat) bahawa Ali r.a adalah sebaik-baik manusia selepas Rasulullah s.a.w.

Pembahagian Syiah
Mazhab Syiah boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan beberapa kategori seperti akidah, politik, fiqh dan sebagainya. Yang penting dalam perbahasan buku ini ialah pendirian atau mazhab Syiah apabila berinteraksi dengan kedudukan para sahabat dan persoalan khalifah, di mana ia dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Pertama: al-Tasyayyu’
            
Kumpulan ini adalah mereka yang bersimpati lalu menyembelahi pasukan Ali dan Muawwiyyah r.a dalam peristiwa peperangan. Mereka juga mengambil berat, merasa sedih dan simpati ke atas nasib yang menimpa ke atas nasib yang menimpa Ali dan keluarganya.

Kedua: al- Mufadhdhilah
Kumpulan ini adalah kumpulan yang berpendapat bahawa Ali bin Abi Talib dan keluarganya adalah lebih mulia, lebih utama dan lebih tinggi kedudukannya lebih daripada sahabat yang lain.
            
Walaubagaimanapun kedua-dua kumpulan yang pertama ini mengiktiraf jawatan Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Usman bin Affan serta tidak mencela para sahabat yang lainnya. Pilihan mereka kepada apa yang mereka cenderungi tidak menyebabkan mereka berlaku tidak adil dan berlebih-lebihan terhadap apa yang tidak mereka cenderungi,

Ketiga: al-Rafidhah
Al-rafidhah bermaksud kumpulan yang menolak, Syiah al-Rafidhah adalah mereka yang menolak kekhalifan dan keutamaan Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Usman bin Affan. Mereka juga menolak para imam daripada keturunan Ahli Bait Rasulullah s.a.w kerena mereka (para imam daripada keturunan Ahli Bait) juga mengiktiraf kekhalifahan sahabat Nabi yang disebutkan tadi.
            
Bertitik tolak daripada penolakan di atas maka terbentuk 4 asas berikut yang menjadi iktikad Syiah al-Rafidhah.
i-                    Bahawa khalifah pertama yang hak selepas kewafatan Rasulullah ialah Ali bin Abi Talib dengan Husain dan keturunannya.
ii-                  Bahawa para sahabat sehinggalah ke umat Islam masa kini dari kalangan Ahli as-Sunnah telah membelakangi nas al-Quran dan As-Sunnah yang menetapkan jawatan khalifah mereka.
iii-                Bahawa kerana sikap Ahli as-Sunnah yang membelakangi al-Quran dan As-Sunnah seperti mana diatas, maka mereka sehingga ke umat Islam kini berada didalam kesesatan.
iv-                Bahawa mazhab yang sebenar di dalam Islam adalah Mazhab Syiah manakala mazhab Ahli-Sunnah adalah mazhab yang salah.

Sebab penamaan Rafidhah
Seluruh peneliti berpendapat bahawa sebab penyebutan nama Rafidhah adalah kerana penentangan daripada suatu kelompok terhadap Zaid bin Ali dan memisahkan diri darinya, padahal sebelum ini mereka sebahagian daripada pasukannya dalam menggempur Hisyam bin Abdul Malik pada tahun 121 H. Hal ini terjadi setelah mereka terang-terangan berlepas diri dari pimpinan Abu Bakar dan Umar bin khattab, sehingga Zaid bin Ali bin Husein melarang mereka melakukan hal itu.
            
Abu Hasan Al-Asy’ari mengatakan: “Zaid bin Ali tidak mengutamakan Ali bin Abi Talib daripada seluruh sahabat Rasulullah s.a.w. Bahkan ia juga mengakui kepimpinan Abu Bakar dan Umar bin al-Khattab”.
            
Ketika berada di Kufah, ia mendengar ada yang mencela Abu Bakar dan Umar bin al-Khattab r.a di antara pengikutnya yang telah membaitnya. Serta-merta ia mengingkari orang yang mencela dua orang sahabat Nabi s.a.w itu sehingga orang-orang yang membait dengannya memisahkan diri darinya. Lalu Zaid bin Ali berkata kepada mereka, “Kalian telah meninggalkan aku (Rafadhtumuni).[10]
            
Ada yang mengatakan bahawa disebutnya mereka dengan Rafidhah kerana perkataan Zaid bin Ali kepada mereka, “ Kalian telah meninggalkan aku (Rafadhtumini)”. Pendapat inilah diambil oleh As-Sunnah Abul Qasim At-Taimi, Imam Ar-Razi, Imam Asy-Syahrastani dan Imam Taimiyah.
            Dalam kesempatan lain, Abul Hasan Al-Asy’ari mengatakan bahawa mereka dinamakan Rafidhah kerana penolakan mereka terhadap kepimpinan dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Al-Asy’ari mengatakan, “Mereka disebut Rafidhah, kerana penolakan mereka terhadap kepimpinan Abu Bakar dan Umar bin al-Khattab r.a.

Sejarah Tasyayyu’ (Syiah) dan Rafidhah
Istilah Syiah pada awal kemunculannya lebih merujuk kepada perselisihan politik yang berlaku di antara beberapa tokoh besar dari kalangan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ianya mula tersebar ketika berlakunya perselisihan di antara Mu’awiyyah dengan Ali bin Abi Talib r.a selepas syahidnya Uthman bin Affan r.a.[11]
            
Selepas syahidnya Uthman bin Affan r.a akibat gelombang fitnah yang digerakkan oleh gerakan pemberontakan yang digerakkan oleh Abdullah bin Saba’ Al-Yahudi. Mu’awiyyah enggan memberikan bai’ah (janji setia) kepada Ali kerana bagi Mu’awiyyah, pembunuh Uthman bin Affan harus dihukum terlebih dahulu. Manakala menurut Ali, bai’ah kepada beliau adalah perkara yang harus dilakukan sebelum pembunuh Uthman bin Affan dihukum. Namun disebabkan yang terlibat dalam pembunuhan Uthman bin Affan sangat ramai bilangannya, maka ianya agak sukar bagi Ali r.a untuk mencari siapakah dalang pembunuhan tersebut. Tambahan pula, pembunuh-pembunuh tersebut sudah masuk menyelinap ke dalam barisan beliau sendiri dan kaum Muslimin, lalu mereka mula menzahirkan sokongan kepada beliau.
            
Bermula dari perselisihan inilah, maka wujudnya istilah Syiah Ali dan Syiah Mu’awiyyah yang akhirnya membawa kepada peperangan saudara yang pertama meletus dalam sejarah Islam.[12]

Kemunculan Rafidhah bermula dari Tasyayyu’ (Ideologi Syiah)
Jika dilihat perkembangan syiah dan juga Rafidhah, maka kita akan mendapati bahawa kemunculan Rafidhah didahului dengan kemunculan Syiah. Kerana syiah pada mulanya hanyalah satu pendapat dari kalangan sebahagian golongan yang cenderung dalam mengutamakan Ali bin Abi Talib r.a atas sahabat Nabi s.a.w iaitu Uthman bin Affan r.a.[13]
            
Setelah kemunculan Abdullah bin Saba’ yang membawa asas-asas yahudi ke dalam barisan kaum muslimin maka barulah asas dan akidah Rafidhah itu mula menyelusup dan tersebar luas di kalangan mereka yang berfahaman syiah.
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:
“Dan Tasyayyu’ (ideologi syiah) iaialah mencintai Ali dan mendahulukannya atas para sahabat yang lain. Maka, sesiapa yang mendahulukannya atas Abu Bakar dan Umar bin Khattab, maka dia telah melampau dalam syiahnya, dan dia disebut sebagai Rafidhi. Jika tidak, dia ialah syii’i. Jika dia menyertakan kepada fahaman tersebut dengan celaan atau terang-terang menunjukkan kebencian (terhadap Abu Bakar dan Umar bin Khattab) maka dia telah melampau dalam Rafdh. Jika dia berkeyakinan dengan Ar-Raj’ah (kebangkitan) di dunia, maka dia sangat-sangat melampau.

Jelas beliau lagi:
“Dan Tasyayyu’ (syiah) menurut istilah kebiasaan mutaqaddimin ialah keyakinan mendahulukan Ali atas Uthman, dan bahawasanya Ali benar dan tindakannya dalam peperangannya (Siffin) dan orang yang menyelisihinya adalah salah. Dalam masa yang sama, mereka masih mendahulukan Syeikhain (Abu Bakar dan Umar bin Khattab) dan melebihkan mereka berdua, dan kemungkinan ada juga sebahagian dari kalangan mereka yang berkeyakinan Ali merupakan makhluk yang paling utama selepas Rasulullah s.a.w. Dan jika keyakinannya begitu disebabkan timbul dari seorang yang bersikap warak agama, benar dan mujtahid, maka riwayatnya tidaklah ditolak disebabkan keyakinan ini. Lebih-lebih lagi jika dia bukanlah penyeru (kepada hal tersebut). Adapun Tasyayyu’ menurut istilah mutaakhirin, maka ianya bermaksud Rafdh Al-Mahd (Rafidhah mutlak). Maka tidak diterima riwayat Rafidi yang melampau dan tiada baginya kemuliaan.
            
Maka difahami di sini bahawa, istilah syiah menurut ualam mutaqaddimin merujuk kepada golongan yang hanya mendahulukan atau mengutamakan Ali atas Uthman r.a masih mengiktiraf dan mengakui kelebihan dan kepimpinan Abu Bakar dan Umar r.a. Manakala, istilah Rafidhah merujuk kepada mereka yang tidak mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar dan Umar bin Khattab r.a, serta menzahirkan permusuhan, kebencian dan celaan ke atas kedua-dua mereka.[14]
            
Syiah yang dimaksudkan oleh ulama mutaakhirin pula merujuk kepada Rafidhah, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam As-Syafi’i iaitu:
“Sesiapa yang mengatakan sesungguhnya Abu Bakar dan Umar r.a bukanlah imam, maka dia ialah Rafidi”
            
Dari sini, kita dapat melihat hubungkait yang rapat antara kedua-dua istilah ini, iaitu Syiah dan Rafidhah. Kerana tindakan membezakan kedua-dua istilah ini dengan cermat akan mewujudkan kefahaman yang lebih jitu dan benar, terutamanya apabila istilah ini sering diguna pakai oleh golongan syiah pada hari ini untuk mengelabui dan menimbulkan keraguan atau syubhah ke atas orang awam di kalangan Ahli Sunnah, terutamanya apabila mereka sering membawakan perkataan ulama-ulama mutaqaddimin dalam kitab-kitab mereka untuk membenarkan dakwaan kononnya syiah itu tidak sesat.
            
Disebabkan itulah para ulama Jarh wa Ta’dil, jika ada seorang perawi yang terdapat padanya pengaruh Tasyayyu’ atau rafidhah, maka mereka membezakannya. Dan mereka menjadikan Ar-Rafdh itu sebagai Jarh (kritikan) sedangkan Tasyayyu’ tidak memudaratkan perihal seorang perawi.
            
Kata Az-Zahabi berkenaan Al-Hakim rahimahullah dan beliau dituduh sebagai rafidhah:
“Beliau bukanlah seorang Rafidi, bahkan beliau sebenarnya Syi’i yang terkesan daripada orang-orang yang memerangi Ali bin Abi Talib r.a, dan kita meredhai kedua-dua kelompok (Ali dan Muawiyyah). Dan kita mencintai Ali lebih daripada orang yang berselisih dengannya.”
            
Kata Ibnu Thahir: Aku telah bertanyakan Abu Ismail, Abu ‘Abdillah Al-Ansari berkenaan perihal Al-Hakim Abu ‘Abdillah katanya:
إمام في الحديث رافضي خبيث
Maksudnya: “Beliau Imam dalam Hadis, Rafidi yang jijik”[15]

Ibnu Thahir berkata lagi:
إن الله الإنصاف، ما الرجل برافضي بل شيعي فقط
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyintai keadilan, bukanlah dia seorang Rafidi, bahkan sebenarnya dia hanyalah Syi’i sahaja.
            
Apa yang disebutkan oleh Ibnu Thahir ini menunjukkan kepada kita betapa pentingnya sikap insaf dan adil dalam menilai seseorang serta pentingnya membezakan antara kedua-dua istilah ini, terutamanya apabila istilah ini tiada diperhatikan dengan cermat sehingga ianya boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan masyarakat awam.
            
Perlu difahami juga, istilah ini perlu dibezakan jika ianya merujuk kepada fahaman para ulama mutaqaddimin. Maka secara ringkasnya boleh kita fahami, bukan semua Syiah itu adalah rafidhah, tetapi semua Rafidhah itu adalah Syiah.
            
Tambahan pula hari ini istilah CSyiah sudah tersebar dikalangan masyarakat. Dan apabila disebut Syiah sahaja, kita akan terbayang bahawa mereka adalah golongan yang menolak serta membenci Abu Bakar, Umar bin Khattab dan kesemua para sahabat r.a dan ianya sudah tentu merujuk kepada Istilah Rafidhah sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.
            
Benarlah pandangan para ulama, bahawasanya Syiah ini seakan-akan pintu yang menjadi pembuka kepada pemikiran dan akidah Rafidhah. Sebab itulah kita katakana Rafidhah itu bermula daripada Syiah.

Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:
“Bid’ah itu membawa kepada kekufuran dan kemunafiqan, sebagaimana Tasyayyu’ (ideologi Syiah) membawa kepada Ar-Rafdh (Rafidhah)”.

Kata Abul Walid Al-Baaji ketika mengkritik Ali bin Musa As-Simsaar:
“Pada usul (pegangannya) ada kelemahan, dan padanya terdapat Tasyayyu’ (Syiah), yang membawa kepada Ar-Rafdh (Rafidhah)”.

Imam As-Syaukani rahimahullah berkata:
“Apabila engkau melihat seorang lelaki yang telah sampai kemuncak Rafidhah-nya kepada sikap mencela Salafussoleh (para sahabat Nabi s.a.w dan pengikut mereka), dan mengutuk mereka,walaupun mereka itu menisbahkan diri kepada bukan Mazhab Imamiyyah, maka janganlah kamu berasa ragu-ragu bahawa dia itu sebenarnya sama seperti mereka…”[16]

Hubungan Antara Rafidhah Dengan Syiah
1)       Imam az-Zahabi di dalam kitabnya Mizan Al-I’tidal. Kata beliau :

i.                    Bid’ah kecil seperti berfahaman Syiah dengan tidak melampau (seumpamanya melebihkan Sayyidina Usman r.a). Golongan seperti ini ramai di kalangan tabi’in dan tab’i at-tabi’in. Mereka adalah golongan yang kuat beragama, warak dan benar. Jika riwayat orang yang seperti ini ditolak, tentulah akan kehilangan sejumlah besar daripada aatsar nabawiyyah dan ini adalah satu kerosakan yang nyata.
ii.                  Bid’ah besar seperti berfahaman rafdh dan terlalu memuja-muja Sayyidina Ali dan merendah-rendahkan Sayyidina Abu Bakar dan Umar di samping menyeru orang lain kepada kefahaman mereka. Golongan syiah yang melampau seperti tidak boleh dijadikan hujjah dan tidak boleh dihormati apatah lagi sehingga ke harini masih belum ditemui seorang pun dari golongan ini yang benar dan boleh dipercayai kerana kebohongan mereka. Imam as-Suyuti juga telah menukilkan kata-kata az-Zahabi ini di dalam kitabnya “Tadbir Ar-Rawi”. Selepas menukilkan kata-kata az-Zahabi, Imam as-Suyuti menulis di dalam kitabnya “Apa yang diktakan oleh az-Zahabi itulah yang betul dan tidak halal seseorang Muslim mempercayai selain dari apa yang dikatakannya itu”.[17]

2)      Imam Sya’bi berkata: “Tidak pernah kulihat golongan yang lebih bodoh daripada syiah. Sekiranya mereka bintang berkaki empat tentu mereka keldai dan sekiranya mereka dari kalangan burung, tentu mereka ini burung oreng. Yahudi dan Kristian lebih baik dari golongan rafidhah ini kerana dua sifat mereka iaitu: Jika kamu bertanyakan orang-orang yahudi: “Siapakah orang yang terbaik di antara pengikut-pengikut agama kamu?” Mereka menjawab: “Sahabat-sahabat Nabi Musa”. Jika kamu bertanya orang-orang Kristian: “Siapakah yang terbaik di antara penganut-penganut agama kamu?” Mereka akan menjawab: “Hawari (sahabat-sahabat Nabi Isa)”. Tetapi jika kamu bertanya orang-orang Rafidhah: “Siapakah orang yang paling jahat di antara pengikut-pengikut agama kamu?” Mereka akan menjawab: “Sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w”. Mereka disuruh beristighfar untuk para sahabat tetapi sebaliknya mereka mengutuk sahabat-sahabat Nabi Muhammas s.a.w.

3)    Yazid bin harun berkata dalam kitab “Tadbir Ar-Rawi”: Boleh dicatit hadis daripada sekalian ahli bid’ah yang tidak menyeru kepada bid’ahnya kecuali Rafidhah.

4)      Syarik berkata: “Terimalah hadis daripada semua orang yang engkau temui kecuali Rafidhah”.

5)      Ibn al-Mubarak berkata: “Jangan kamu meriwayatkan daripada Amar bin Thabit kerana dia selalu memburuk-burukkan sahabat”. [18]



[1] Fahaman Dan Ideologi Umat Islam, Abdul Hadi Awang, Cetakan Pertama (2008), PTS Islamika, m/s 48
[2] Revolusi Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014), Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 9
[3] Revolusi Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014), Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 12
[4] Revolusi Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014), Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 12
[5] Agenda Politik Syiah, Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni, cetakan pertama (2013),m/s 27

[6] Agenda Politik Syiah, Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni, cetakan pertama (2013),m/s 27
[7] Agenda Politik Syiah, Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni, cetakan pertama (2013),m/s 27

[8] Agenda Politik Syiah, Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni, cetakan pertama (2013),m/s 27
[9]
[10] Khawarij Dan Syiah, Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi, Cetakan Pertama (2016), Ummul Qura, m/s 181
[11] Revolusi Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014), Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 14
[12] Revolusi Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014), Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 14
[13] Revolusi Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014), Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 21

[14] Revolusi Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014), Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 24

[15] Revolusi Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014), Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 26

[16] Revolusi Rafidhah Yaman, Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi, Cetakan Pertama (2014), Pustaka Ilmu Salaf Resources, m/s 21
[17] Syiah Rafidhah, Maulana Muhammad Asri Yusoff, Tahun terbit (2005), Darul Kautsar. m/s 3
[18] Syiah Rafidhah, Maulana Muhammad Asri Yusoff, Tahun terbit (2005), Darul Kautsar. m/s 3

PELAMPAU : Syiah Rafidhah

Maksud Rafdh (Rafidhah) Mereka pada asalnya adalah orang-orang yang terpisah daripada Imam Zaid bin Ali kerana beliau mengiktiraf Abu Ba...